SINGAPURA: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir selatan "adalah urusan dalaman Malaysia", menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA).
"Kami tidak melihat perkara ini menjejaskan hubungan baik antara Singapura dan Malaysia," kata jurucakap kementerian ketika menjawab pertanyaan media pada Khamis.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata penubuhan RCI adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) yang mana cadangan keanggotaan RCI akan dibawa untuk perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
"Cadangan ahli-ahli ini akan mengambil kira komposisi pakar-pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, undang-undang, dan pentadbiran awam serta dapat melaksanakan siasatan dengan telus, adil dan saksama bagi mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak-pihak yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (24 Jan).
Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Batu Puteh milik Singapura, Batuan Tengah milik Malaysia dan Tubir Selatan kepunyaan negeri di perairan wilayah ia berada.
Malaysia memohon kepada ICJ untuk meminta tafsiran penghakiman itu pada 2017.
Bagaimanapun, pada 2018, pentadbiran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah menarik balik permohonan untuk membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura, satu langkah yang telah menimbulkan banyak persoalan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Batu Puteh milik Singapura, Batuan Tengah milik Malaysia dan Tubir Selatan kepunyaan negeri di perairan wilayah ia berada. - Gambar fail/Sinar Harian
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.
GEG: CAP minta kerajaan tubuh RCI siasat pemain industri tembakau, vape
Persatuan Pengguna Pulau Pinang minta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pengaruh wakil industri tembakau dan vape.
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja urusan dalaman Malaysia - MFA Singapura
Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA) penubuhan RCI itu "adalah urusan dalaman Malaysia".
RCI Batu Puteh bolehkan siasatan lanjut - Azalina
Azalina berkata penubuhan RCI itu juga akan membantu kerajaan dalam proses dan prosedur berkaitan kedaulatan negara.
Skandal LCS: Cadangan tubuh RCI telah dibawa ke Kabinet - Hishammuddin
Cadangan untuk menubuhkan RCI berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) telah dikemukakan ke mesyuarat Kabinet hari ini.
Gesa kerajaan tubuh RCI siasat insiden pencerobohan data
Gesaan bertujuan bagi mengenal pasti langkah-langkah menyeluruh dalam memperkasa keselamatan siber negara dan mendapatkan keadilan buat mangsa-mangsa kecurian data peribadi serta jenayah scammer.
Laporan akhir RCI Tabung Haji dijangka selesai Julai, 43 saksi dipanggil - Wan Junaidi
Laporan akhir hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji dijangka selesai Julai ini.
Kabinet setuju tambah baik pengurusan, operasi TH secara menyeluruh
Mesyuarat Jemaah Menteri semalam bersetuju menambah baik pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) secara menyeluruh.
Lembaga Tabung Haji sedia beri kerjasama pada RCI
Penubuhan RCI dilihat penting buat LTH menambah baik aspek pengurusan dan tadbir urus pihaknya.
Kerajaan setuju tubuh RCI siasat Lembaga Tabung Haji - TPM
RCI itu akan menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH) dari tahun 2014 hingga 2020.